Tarikh : 28 Jun 2025
Masa : 2.30 – 3.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama kelas ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pemakanan sihat dan strategi pemulihan yang sesuai bagi memastikan kesejahteraan fizikal dan mental atlet sentiasa berada di tahap optimum.
Aktiviti
Peserta telah mendapat ilmu asas yang praktikal dan relevan berkaitan pemilihan makanan, jadual pemakanan serta kepentingan hidrasi dan rehat yang mencukupi aspek yang sering diabaikan dalam kalangan atlet remaja e-Sukan. Program ini juga memberikan kelebihan pensijilan yang dapat menambah nilai kepada profil peserta, terutamanya mereka yang ingin terlibat secara lebih serius dalam industri e-Sukan dan sukan berprestasi tinggi.