mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Webinar ‘Dentist biasa ke pakar gigi? Jangan tersalah tempah!’ | Prof Madya Dr Asma Alhusna Abang Abdullah, Pensyarah Pergigian dari Fakulti Pergigian USIM

Tarikh   : 03 Julai 2025

Masa    : 10.30-11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif utama sesi ini adalah untuk memberi pencerahan kepada komuniti mengenai perbezaan antara doktor pergigian umum dan pakar pergigian, agar masyarakat lebih bijak dalam membuat keputusan rawatan.

Aktiviti

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada skop rawatan seorang “dentist”, kelayakan yang diperlukan untuk bergelar pakar pergigian di Malaysia, serta panduan mengenal pasti bila seseorang perlu dirujuk kepada pakar. Penerangan ini sangat penting bagi mengelakkan kesilapan dalam mendapatkan rawatan yang tidak sesuai dengan keperluan kesihatan gigi masing-masing. Terima kasih kepada peserta yang mengikuti webinar ini, semoga ilmu yang diperoleh dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat dalam penjagaan kesihatan pergigian!

Gambar di sini