mcmc
Laporan Aktiviti

Taklimat Penerangan Fungsi NADI dan Perbincangan Program bersama Komuniti

Tarikh   : 04 Julai 2025

Masa    : 10.30-11.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pengerusi Masjid Darul Ulum, Pegawai JPKKP, Ketua Kampung serta wakil kaum Cina dan India

Tujuan

Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan jelas mengenai peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai pusat informasi komuniti yang membantu menyebar dan mempermudah capaian maklumat rasmi kerajaan kepada masyarakat setempat.

Aktiviti

Telah berlangsung secara bersemuka dengan kehadiran wakil-wakil penting komuniti seperti Pengerusi Masjid Darul Ulum, Pegawai JPKKP, Ketua Kampung serta wakil kaum Cina dan India. Sesi perbincangan turut diadakan bagi merancang pelaksanaan program-program yang lebih inklusif dan bermanfaat, merangkumi pelbagai kaum dan peringkat umur. Diharapkan usaha ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara NADI dan komuniti dalam membentuk masyarakat yang lebih peka, aktif dan bermaklumat.

Gambar di sini