Tarikh : 04 Julai 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar memahami konsep nasionalisme dalam konteks sejarah tempatan dan serantau, serta memantapkan penguasaan mereka terhadap topik penting ini menjelang ujian dan peperiksaan.
Aktiviti
Sepanjang sesi ini, pelajar didedahkan kepada faktor-faktor kebangkitan nasionalisme, tokoh-tokoh penting, serta perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara, disampaikan secara interaktif dan mudah difahami. Pendekatan ulang kaji pantas ini membantu peserta mengenal pasti kata kunci, fakta penting dan teknik menjawab soalan KBAT dengan lebih yakin.