mcmc
Laporan Aktiviti

Program Kem Lestari Madani, Fiesta Rakan Muda & Mini Jelajah Hepili Peringkat Daerah Baling 2025

Tarikh   : 01 Julai 2025

Masa    : 8.30 – 12.30 pm

Tempat : Kompleks Rakan Muda, Baling

Peserta : Komuniti Setempat dan Pelajar Sekolah

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan gaya hidup lestari dan sihat, di samping menyemai semangat kesukarelawanan serta memperkukuh kerjasama antara agensi melalui pelbagai aktiviti menarik dan interaktif.

Aktiviti

Program Kem Lestari Madani, Fiesta Rakan Muda & Mini Jelajah Hepili Peringkat Daerah Baling 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada komuniti setempat dan para belia. Di booth NADI, peserta berpeluang mencabar minda dan kemahiran mereka melalui aktiviti seperti Sorting Ball (Soft Skills), Jengga Challenge (STEM), Puzzle, dan Dam Ular, yang bukan sahaja menyeronokkan malah turut menguji kecekapan berfikir dan berkomunikasi. Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah dan menjayakan program ini – semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat perpaduan dan kesejahteraan komuniti ke arah Malaysia Madani!

Gambar di sini