mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning – Webinar Cybersecurity : Dari Serangan Siber Ke Pemulihan : Asas Tindak Balas Insiden & Forensik Digital

Tarikh   : 10 Julai 2025

Masa    : 3.00 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Program ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta tentang bagaimana menghadapi insiden keselamatan siber serta mengenal pasti kaedah pemulihan yang berkesan melalui pendekatan tindak balas insiden dan forensik digital.

Aktiviti

Sepanjang sesi, peserta telah mempelajari langkah asas yang perlu diambil sejurus selepas berlakunya serangan siber, memahami peranan penting forensik digital dalam menyiasat dan mengesan punca serangan, serta diperkenalkan kepada teknik-teknik seperti OSINT dan Google Dorks yang sering digunakan dalam dunia siber sebenar. Lebih menarik, sesi ini turut diserikan dengan demonstrasi langsung insiden siber dan analisis forensik, memberi gambaran realistik kepada peserta tentang dunia keselamatan digital.

Gambar di sini