Tarikh : 11 Julai 2025
Masa : 10.00 – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektif kelas ini adalah untuk memperkasakan kemahiran ICT peserta, khususnya dalam penggunaan PowerPoint untuk menghasilkan poster infografik yang menarik dan bermakna sempena sambutan Awal Muharam.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada asas reka bentuk visual, pemilihan warna dan tipografi yang berkesan, serta teknik susun atur maklumat yang jelas dan berimpak tinggi. Kelebihan utama program ini adalah keupayaan peserta untuk menggabungkan kemahiran digital dan kreativiti dalam menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada masyarakat.