Tarikh : 12 Julai 2025
Masa : 10.00 – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Bengkel ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengukuhkan semula pemahaman mereka dalam asas pengaturcaraan menggunakan Python, HTML dan SQL.
Aktiviti
Sepanjang sesi ulangkaji ini, para peserta bukan sahaja berpeluang mengasah semula kemahiran teknikal mereka, tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan dalam menyelesaikan masalah secara hands-on serta berkolaborasi dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang bengkel ini. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam perjalanan pembelajaran dan kerjaya digital anda pada masa akan datang.