Tarikh : 19 Julai 2025
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama webinar ini adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dalam Bahasa Inggeris melalui sesi pembelajaran interaktif dan latihan bertutur (speaking practice) bersama Teacher Kiran.
Aktiviti
Para peserta telah didedahkan kepada pelbagai lesson menarik yang merangkumi struktur ayat, sebutan, dan penggunaan frasa yang betul dalam perbualan seharian. Sesi ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih yakin bercakap dalam Bahasa Inggeris dan memperbaiki sebutan serta tatabahasa secara langsung.