Tarikh : 23 Julai 2025
Masa : 11.00 am – 1.00 pm
Tempat : SMK Serdang
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini menggunakan modul KIS kategori Belia yang dirangka khusus untuk memberikan kesedaran mendalam berkaitan isu-isu keselamatan digital yang semakin relevan dalam kalangan remaja dan golongan muda.
Aktiviti
Telah berjaya dijalankan di SMK Serdang, melibatkan seramai 44 orang pelajar Tingkatan 6. Antara topik utama yang diketengahkan dalam sesi ini ialah maklumat palsu, buli siber, dan penipuan dalam talian (scammer). Para pelajar bukan sahaja menerima penerangan interaktif daripada fasilitator, malah turut terlibat secara aktif melalui aktiviti sketsa pendek yang bertemakan isu-isu yang dibincangkan. Aktiviti ini bertujuan mengukuhkan pemahaman pelajar melalui pendekatan kreatif dan reflektif.
Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik melibatkan beberapa agensi iaitu Jabatan Penerangan (JAPEN) Bandar Baharu, MCMC Negeri Kedah, serta Kluster Bandar Baharu dan Kulim. Diharapkan usaha bersepadu ini mampu melahirkan generasi celik digital yang lebih peka, bertanggungjawab dan bijak menilai maklumat serta beretika dalam penggunaan teknologi.