Tarikh : 30 Julai 2025
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Pada minggu ini, peserta didedahkan kepada tiga modul utama iaitu alat asas membaiki gajet, asas baik pulih telefon pintar dan komputer riba, yang merupakan kemahiran bernilai tinggi dalam pasaran kerja masa kini.
Aktiviti
Peserta turut berpeluang mengenali pelbagai peralatan membaiki gajet seperti tweezer, heat gun, soldering iron dan lain-lain, di samping diberi penerangan berkenaan langkah keselamatan semasa membaiki agar kerja pembaikan dapat dilakukan dengan selamat dan berkesan. Perkongsian berkaitan peluang kerjaya dalam bidang baik pulih gajet juga membuka mata peserta terhadap potensi sebenar bidang ini dalam menjana pendapatan tetap atau sampingan.