Tarikh : 04 Ogos 2025
Masa : 11.00 – 1.00 pm
Tempat : SK Siong, Baling
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang risiko dan bahaya yang wujud di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan maklumat peribadi, kandungan tidak sesuai, dan interaksi dengan individu yang tidak dikenali.
Aktiviti
Telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan hampir 70 orang pelajar. Selain itu, para pelajar turut didedahkan kepada had umur yang ditetapkan sebelum dibenarkan untuk memiliki akaun media sosial, sebagai langkah perlindungan awal terhadap golongan kanak-kanak. Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi celik digital yang bijak dan bertanggungjawab ketika melayari dunia maya