Tarikh : 02 Ogos 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat serta membimbing pelajar mengenal pasti topik-topik penting yang sering menjadi fokus dalam SPM.
Aktiviti
Webinar ini dirangka secara interaktif dan santai agar pelajar dapat mengikuti sesi dengan lebih mudah dan berkesan, sambil memperoleh input yang berguna untuk persediaan peperiksaan. Diharapkan ilmu dan teknik yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam usaha mereka mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.