Tarikh : 04 Ogos 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Tujuan utama program ini adalah untuk membantu pelajar membuat ulangkaji secara berfokus dan berstruktur menjelang peperiksaan.
Aktiviti
Antara topik yang dibincangkan termasuk ulangkaji UASA Bahagian 1 untuk Tingkatan 3, serta bab Ketaksamaan Linear dalam Pembolehubah untuk Tingkatan 4. Kelas ini dijalankan secara terbuka dan santai namun tetap menekankan pemahaman konsep asas serta teknik penyelesaian soalan secara langkah demi langkah. Semoga usaha ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan dan pencapaian mereka dalam Matematik, seterusnya bersedia menghadapi peperiksaan sebenar dengan lebih yakin dan bersedia.