Tarikh : 07 Ogos 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Tujuan utama kelas ini adalah untuk membantu pelajar memahami struktur soalan, memperkemas teknik menjawab, dan meningkatkan mutu penulisan berdasarkan format terkini peperiksaan.
Aktiviti
Pendekatan yang digunakan bersifat praktikal, berfokus kepada tema dan topik lazim, serta disampaikan dalam suasana yang mudah difahami. Diharapkan kelas ini dapat memberi manfaat besar kepada pelajar dalam usaha mereka memperbaiki pencapaian dan membina keyakinan dalam menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu dengan lebih yakin dan bersedia.