Tarikh : 04-09 September 2025
Masa : 8.30am – 10.00 pm
Tempat : Dewan Tun Abdul Razak Baling
Peserta : Rakyat Negeri Kedah.
Tujuan
Tujuan Program MADANI Rakyat adalah untuk menyampaikan maklumat dasar dan inisiatif Kerajaan MADANI secara langsung kepada rakyat, memperkasakan belia dan masyarakat melalui pelbagai platform pembangunan, serta memupuk keterlibatan dan maklum balas rakyat dengan agensi kerajaan demi mempertingkat kesejahteraan hidup dan kemakmuran negara. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang hala tuju kerajaan dan reformasi perkhidmatan awam, sambil menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan dan program manfaat kerajaan secara lebih inklusif dan menyeluruh
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan di Booth NADI, ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pendaftaran ahli, promosi program smart servive seperti MAHIR, DILEA, pemberian air kopi percuma, cabutan bertuah, pemeran usahawan dan pelbagai aktiviti menarik. Lebih manis booth NADI telah mendapat tempat kedua Anugerah Perkhidmatan Terbaik sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kedah.