mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Tiny Techies – Bengkel Unboxing Kit Robotik Sekolah Rendah

Tarikh   : 09 Ogos 2025

Masa    :  10.00 – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Uuntuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kandungan kit robotik yang bakal digunakan dalam pertandingan dan latihan mendatang. Pendedahan ini penting agar peserta lebih bersedia serta memahami fungsi asas setiap komponen sebelum memulakan aktiviti pembinaan dan pengaturcaraan robotik.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, peserta memperoleh kelebihan dari segi pengetahuan teknikal, kemahiran mengenal pasti komponen, serta meningkatkan keyakinan diri untuk meneroka bidang sains dan teknologi. Menariknya, peserta dari NADI Merbau Pulas turut dipilih untuk mewakili ke Bootcamps Robotik Wilayah Utara di UiTM Permatang Pauh yang dijadualkan berlangsung pada 19–21 Ogos 2025 – satu peluang besar untuk menimba pengalaman baharu di peringkat lebih tinggi.

Tahniah kepada semua peserta yang telah mengikuti bengkel ini. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas kukuh dalam perjalanan mereka meneroka dunia robotik serta memberi inspirasi untuk terus melangkah jauh dalam bidang teknologi.

Gambar di sini