mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : Saringan Kesihatan Percuma Ogos 2025 bersama Peserta Mobile Legend Musim Ke-3

Tarikh   : 08 Ogos 2025

Masa    : 9.00 – 11.00 pagi

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Peserta Mobile Legend

Tujuan

Program ini bertujuan untuk membuka ruang kepada golongan belia, khususnya komuniti e-sukan, untuk lebih peka terhadap tahap kesihatan diri melalui saringan asas secara percuma.

Aktiviti

Para peserta telah menjalani pemeriksaan seperti tekanan darah, tahap gula dalam darah, dan Indeks Jisim Badan (BMI) sebagai langkah awal dalam mengenalpasti risiko kesihatan yang mungkin tersembunyi. Inisiatif ini bukan sahaja menyemai kesedaran, tetapi juga menggalakkan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan pemain e-sukan yang sering terdedah kepada gaya hidup sedentari.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menyokong inisiatif ini

Gambar di sini