mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Tuition Sejarah (Form 3 | Ogos)

Tarikh   : 11 Ogos 2025

Masa    : 3.30 – 4.30pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Sesi ini memberi fokus kepada ulangkaji Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian 1, dengan objektif untuk memperkemas pemahaman pelajar terhadap soalan-soalan objektif yang sering menguji pengetahuan fakta dan konsep penting dalam Sejarah.

Aktiviti

Melalui latihan berstruktur dan perbincangan soalan secara terperinci, pelajar dapat mengenal pasti bentuk soalan yang berpotensi keluar dalam peperiksaan, memahami teknik menjawab dengan betul, dan menilai tahap penguasaan masing-masing. Sesi ini bukan sahaja membantu dalam persediaan akademik, tetapi juga membina keyakinan dalam menghadapi ujian sebenar. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan fokus sepanjang sesi berlangsung

Gambar di sini