Tarikh : 13 Ogos 2025
Masa : 2.30 – 3.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Podcast ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada ibu bapa dan pendidik tentang keperluan sebenar anak-anak autisme dalam konteks pendidikan, serta menekankan pentingnya sokongan yang seimbang antara rumah dan sekolah.
Aktiviti
Dalam episod ini, Khai Teow, seorang Educational Psychologist, berkongsi secara santai namun padat tentang salah faham yang biasa berlaku, peranan penting ibu bapa dan guru, serta beberapa tips praktikal untuk bantu anak autisme lebih bersedia ke sekolah. Pendekatan yang mudah difahami menjadikan topik yang kompleks ini lebih dekat dan relevan dengan situasi sebenar.
Terima kasih kepada yang telah mendengar dan berkongsi episod ini. Semoga perbincangan ini dapat membuka lebih banyak ruang kesedaran dan sokongan terhadap komuniti autisme di sekolah dan di rumah.