Tarikh : 14 Ogos 2025
Masa : 3.30 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian, menumpukan kepada penguasaan Bab 1 : Rangsangan dan Gerak Balas. Objektif utama program ini adalah untuk membantu pelajar memahami bagaimana organisma bertindak balas terhadap rangsangan dalam persekitaran, melalui pendekatan yang mudah difahami dan berasaskan aplikasi dunia sebenar.
Aktiviti
Sepanjang sesi, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep penting melalui penerangan yang jelas, demonstrasi visual dan latihan interaktif yang memupuk pemahaman mendalam. Program ini memberi kelebihan besar kepada peserta, termasuk kemudahan belajar dari rumah, peluang bertanya soalan secara langsung, dan akses kepada bahan bantu belajar yang boleh diulang kaji. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat