Tarikh : 15 Ogos 2025
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan peralatan diagnose dalam membaiki peranti serta teknik asas berkaitan sistem operasi Android.
Aktiviti
Dalam sesi kali ini, peserta mempelajari penggunaan pelbagai peralatan diagnosis seperti USB Charger Doctor, Battery Active Board, dan beberapa alat teknikal lain yang penting dalam mengenal pasti masalah pada peranti. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan kepada latar belakang sistem Android, termasuk asas operasi dan komponen utama yang menyokong fungsi peranti pintar. Gabungan ilmu teori dan aplikasi praktikal ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman peserta, malah memberi keyakinan untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah asas gajet secara lebih cekap. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan