Tarikh : 16 Ogos 2025
Masa : 2.30 – 4.30 petang
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini diadakan bagi membantu pelajar memahami dengan lebih jelas format peperiksaan Bahasa Inggeris UASA, selain memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan dengan berkesan. Melalui sesi santai tetapi padat ini, peserta mendapat pelbagai tips, strategi, dan panduan praktikal untuk meningkatkan keyakinan serta prestasi mereka dalam peperiksaan yang bakal tiba.
Aktiviti
Sesi ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membuka ruang kepada pelajar untuk bertanya dan berlatih secara langsung bersama tenaga pengajar berpengalaman. Ia sekaligus membantu mereka mengenal pasti kelemahan dan memperkukuh kemahiran bahasa dengan lebih berfokus.