Tarikh : 21 Ogos 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Topik kelas minggu ini bagi Tingakatan 3 ialah Rangsangan dan Gerak Balas, yang bertujuan untuk membantu pelajar memahami konsep asas serta aplikasi tajuk ini dalam pelbagai konteks soalan pemahaman dan penulisan. Objektif sesi ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar mengenal pasti isi tersirat, menganalisis maklumat dan memberi respons berdasarkan rangsangan yang diberi. Kelas minggu ini bagi Tingakatan 4 diteruskan dengan sesi ulangkaji UASA Bahagian 2, yang memfokuskan kepada kemahiran menjawab soalan struktur dan esei dengan tepat dan berkesan. Objektif utama sesi ini adalah untuk memperkukuh teknik menjawab berdasarkan kehendak soalan, memperbaiki kelemahan umum pelajar serta memperkemas gaya penulisan agar lebih mantap dan meyakinkan.
Aktiviti
Pelajar turut dibimbing dengan strategi menjawab soalan menggunakan teknik yang mudah dan berkesan. Peserta turut didedahkan kepada format soalan sebenar, disertai latihan dan bimbingan secara terus daripada guru berpengalaman. Tahniah kepada semua yang terlibat secara aktif, semoga pemahaman terhadap bab ini dapat membantu pelajar menjawab dengan lebih yakin dan tepat dalam peperiksaan akan datang