mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Podcast Bipolar Bukan Trend – Ini Kisah Sebenar Pejuang Mental Health | Khairyl Nabil Razali

Tarikh   : 22 Ogos 2025

Masa    : 11.00 – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Program ini bertujuan membuka mata masyarakat tentang realiti sebenar penghidap bipolar disorder bahawa ia bukan sekadar isu trending, tetapi perjuangan sebenar yang memerlukan sokongan, empati dan kefahaman daripada semua.

Aktiviti

Dalam episod ini, menampilkan Khairyl Nabil Razali, seorang pejuang kesihatan mental yang berkongsi kisah hidupnya sebagai individu yang hidup dengan bipolar. Melalui perkongsian yang jujur dan penuh emosi ini, beliau membawa pendengar menyelami realiti jatuh bangun yang dilaluinya, salah tanggapan masyarakat terhadap bipolar, dan bagaimana beliau terus bangkit serta melawan stigma yang menghantui pesakit mental. Podcast ini bukan sekadar membuka mata, malah memberi kekuatan, harapan dan kesedaran kepada orang ramai bahawa kesihatan mental adalah perjuangan yang nyata dan bukan sekadar “trend”. Terima kasih Khairyl atas keberanian berkongsi, semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua yang sedang bertarung dalam diam.

Gambar di sini