Tarikh : 29 Ogos 2025
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam bidang pembaikan gajet, khususnya telefon pintar. Melalui latihan ini, peserta dapat memahami struktur asas peranti, cara pengendalian komponen elektronik dengan betul, serta meningkatkan kemahiran teknikal yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan sendiri atau dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Aktiviti
Sesi minggu ini merupakan sambungan kepada topik minggu sebelumnya dengan fokus kepada teknik membuka dan memasang semula LCD screen pada peranti Android. Peserta turut diberi peluang mempelajari kaedah membuka dan memasang iPhone melalui tontonan video tutorial serta bimbingan langkah demi langkah daripada tenaga pengajar. Latihan praktikal ini membantu peserta memahami proses pembaikan sebenar secara lebih mendalam dan berkeyakinan dalam melaksanakan kerja-kerja asas baik pulih gajet.