Tarikh : 3-21 September 2025
Masa : 9.00 am – 6.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas, PMR Baling dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penipuan melalui nombor telefon serta cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Aktiviti
Peserta mendapat manfaat dengan menguji tahap pengetahuan mereka secara interaktif sambil mempelajari tips berguna tentang keselamatan digital. Walaupun ringkas, aktiviti ini memberi impak besar kerana ia membuka mata peserta tentang taktik penipuan yang semakin berleluasa dan bagaimana langkah pencegahan boleh diambil. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai kuiz ini.