Tarikh : 08-09 September 2025
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang strategi pemasaran yang lebih berkesan serta pengurusan operasi perniagaan yang sistematik, selari dengan keperluan pasaran masa kini.
Aktiviti
Melalui perkongsian ini, para peserta berpeluang menimba ilmu praktikal yang boleh diaplikasikan terus dalam dunia keusahawanan. Bukan sahaja mendapat panduan tentang cara mengurus pemasaran dan operasi dengan lebih cekap, malah peserta juga didedahkan kepada pendekatan moden yang boleh meningkatkan daya saing perniagaan.