Tarikh : 12 September 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Dilaksanakan dengan objektif meningkatkan kefahaman peserta mengenai pembangunan e-Sukan di Malaysia serta memperkenalkan modul Sains Sukan sebagai langkah mempertingkat taraf e-Sukan ke peringkat kebangsaan.
Aktiviti
Melalui sesi ini, para peserta bukan sahaja memperoleh ilmu berkaitan asas sains sukan dalam e-Sukan, malah berpeluang mendapatkan pendedahan mengenai kepentingan pensijilan sebagai pengiktirafan rasmi. Inisiatif ini memberikan nilai tambah kepada peserta dalam membina kerjaya, menambah keyakinan dan membuka peluang yang lebih luas dalam industri e-Sukan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini.