Tarikh : 13 September 2025
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama sesi ini adalah untuk membantu pelajar menguasai topik Algebra dengan lebih mudah melalui penerangan yang jelas, serta perkongsian tips dan trik berguna.
Aktiviti
Walaupun santai, sesi ini padat dengan ilmu yang membolehkan peserta memahami konsep asas Algebra dengan lebih mendalam, sekaligus meningkatkan keyakinan untuk menjawab soalan peperiksaan. Peserta mendapat kelebihan besar dengan pendedahan teknik ringkas yang boleh diaplikasikan terus dalam pembelajaran harian. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi panduan untuk mencapai keputusan cemerlang, khususnya dalam Matematik!