Tarikh : 18 September 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis karangan serta membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Aktiviti
Bagi pelajar Tingkatan 1–3, sesi memberi fokus kepada ulang kaji UASA – Karangan Respon Terbuka, manakala pelajar Tingkatan 4 pula didedahkan dengan format sebenar SPM Kertas 1 – Bahagian A. Melalui kelas ini, peserta bukan sahaja mempelajari teknik penulisan yang lebih berkesan, tetapi juga memahami kehendak soalan dengan lebih mendalam.