Tarikh : 18 September 2025
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para usahawan tentang ancaman siber yang semakin berleluasa.
Aktiviti
Dalam sesi ini, peserta berpeluang menyaksikan sendiri demo eksklusif bagaimana serangan “Sim Swap” berlaku secara langsung, memahami kesannya terhadap akaun bank dan operasi perniagaan, serta mempelajari cara mudah untuk mengelakkan serangan ini daripada menjejaskan bisnes. Perkongsian ini membuka mata peserta terhadap risiko sebenar kepada usahawan – daripada kehilangan pelanggan, data penting hinggalah ancaman penggodaman akaun.