Tarikh : 19 September 2025
Masa : 11.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektif webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan media sosial secara berhemah dan selamat.
Aktiviti
Melalui sesi ini, para peserta mendapat pendedahan tentang risiko penggunaan media sosial tanpa kawalan, tip mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber, serta langkah praktikal untuk melindungi data peribadi. Perkongsian ini memberi manfaat besar kepada peserta dalam membentuk sikap lebih berhati-hati serta bijak mengurus jejak digital masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyertai program ini.