Tarikh : 19 September 2025
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri murid sejak kecil, di samping mencungkil bakat dan kreativiti mereka dalam seni mewarna.
Aktiviti
Para peserta menunjukkan hasil kerja yang kreatif, berani bermain dengan warna serta penuh dengan semangat cintakan negara. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk belajar mengekspresikan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia melalui hasil karya mereka sendiri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta cilik yang telah mengambil bahagian.