Tarikh : 07 Oktober 2025
Masa : 9.30 – 10.15 pagi
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta mempelajari pencuci mulut yang sedang tular, mudah dibuat, dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.
Aktiviti
Dalam sesi ini, peserta dibimbing dengan langkah demi langkah cara menyediakan Viral Banana Pudding daripada penyediaan bahan sehinggalah siap menjadi pencuci mulut yang berkrim, lembut dan menyelerakan. Aktiviti ini bukan sahaja menambah kemahiran baru, malah memberi inspirasi kepada peserta untuk mencuba resipi moden yang boleh dijadikan hidangan istimewa di rumah.