mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel Sumo Robot Sesi 2 (Sekolah Rendah)

Tarikh   : 11 Oktober 2025

Masa    : 10.00 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Telah dijalankan dengan objektif untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang asas robotik melalui aktiviti praktikal yang menyeronokkan. Program ini bertujuan membantu pelajar memahami struktur dan fungsi komponen utama robot serta mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam proses pemasangan.

Aktiviti

Sesi dimulakan dengan imbas kembali pengisian bengkel sebelumnya sebelum peserta meneruskan demonstrasi pemasangan bahagian atas robot bagi melengkapkan keseluruhan struktur. Antara komponen yang digunakan dalam sesi kali ini termasuk base plate atas dan bawah, Tiny Techies Micro:Bit expansion board, sensor inframerah (IR) sebanyak lima unit, standoff, L bracket dan sumo shield.

Peserta turut dibimbing melakukan demonstrasi penyambungan wayar daripada bateri dan motor ke terminal block expansion board bagi memastikan sistem robot dapat berfungsi dengan baik. Melalui sesi ini, pelajar bukan sahaja mengukuhkan kefahaman teknikal, tetapi juga memupuk minat terhadap dunia sains, teknologi dan kejuruteraan sejak di peringkat sekolah rendah.

Gambar di sini