Tarikh : 10 Oktober 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan integriti dan permainan bersih dalam dunia e-Sukan, khususnya berkaitan isu penggunaan bahan terlarang serta amalan tidak sihat yang boleh menjejaskan prestasi dan reputasi atlet.
Aktiviti
Melalui kelas ini, para peserta berpeluang memahami dengan lebih mendalam tentang peraturan anti-doping, kesan penggunaan bahan terlarang, serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil bagi memastikan penglibatan mereka dalam e-Sukan sentiasa beretika dan profesional.