Tarikh : 14 & 16 Oktober 2025
Masa : 9.30 – 11.00am |3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Diadakan dengan objektif untuk memberi pendedahan dan latihan kepada peserta mengenai teknik menghasilkan kain susun tepi secara lengkap. Program ini bertujuan membantu peserta memahami proses penyediaan pola, cara memotong kain dengan betul serta teknik menjahit yang kemas dan teratur.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta dibimbing secara langkah demi langkah bermula daripada penyediaan pola kain susun tepi, cara memotong kain, hingga kepada potongan getah pinggang. Aktiviti ini dilaksanakan secara praktikal bagi memastikan peserta dapat menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan.