Tarikh : 18 Oktober 2025
Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Telah dilaksanakan dengan objektif untuk memperkenalkan pelajar kepada asas Internet of Things (IoT) serta penerapan teknologi digital dalam kehidupan seharian. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep automasi dan aplikasi input digital dalam sistem pintar.
Aktiviti
Sepanjang bengkel berlangsung, pelajar didedahkan kepada aktiviti pembelajaran interaktif yang melibatkan penerangan teori dan latihan praktikal membina sistem lampu automatik menggunakan komponen asas IoT. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat memahami fungsi input digital serta cara mengintegrasikannya dalam sistem kawalan automatik.