Tarikh : 21 Oktober 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai realiti sebenar penyakit osteoartritis, iaitu ia bukan hanya dialami oleh warga emas, tetapi juga boleh menyerang golongan muda akibat gaya hidup, kecederaan sukan dan faktor lain. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran awal agar peserta lebih peka terhadap tanda-tanda awal, punca serta langkah pencegahan.
Aktiviti
Sepanjang sesi ini, peserta turut didedahkan kepada simptom utama osteoartritis, kaedah rawatan moden, teknik pengurusan sakit, serta amalan gaya hidup sihat yang boleh membantu memperlahankan kerosakan sendi. Penjelasan yang mudah difahami memberi manfaat kepada semua golongan terutamanya mereka yang aktif, bekerja lama dalam posisi statik, atau kerap mengalami sakit sendi.