mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning – Webinar Cybersecurity : Ancaman Siber Di Tempat Awam Live Demo Card Clonning & Tracker Gadget Slot 2

Tarikh   : 24 Oktober 2025

Masa    : 3.00 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai risiko jenayah siber yang berlaku di tempat awam serta langkah pencegahan yang wajar diamalkan oleh setiap pengguna.

Aktiviti

Sepanjang sesi ini, peserta telah didedahkan dengan demonstrasi langsung berkaitan teknik card cloning dan penggunaan peranti pengesan yang digunakan oleh penjenayah untuk menjejaki peranti mangsa. Selain itu, peserta turut mempelajari taktik penjenayah dalam mengeksploitasi kelemahan pengguna dan cara mengenal pasti situasi yang berisiko. Perkongsian praktikal mengenai langkah keselamatan asas turut membantu peserta memahami tindakan segera yang perlu diambil bagi melindungi maklumat peribadi mereka. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kepekaan peserta terhadap ancaman siber yang kian berkembang serta mendorong mereka mengamalkan langkah keselamatan digital dalam kehidupan seharian.

Gambar di sini