Tarikh : 16 & 18 Oktober 2025
Masa : 3.00 – 4.00 petang
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas dan komponen penting dalam dunia keusahawanan. Inisiatif ini bertujuan membantu peserta memahami langkah-langkah utama dalam merancang, mengurus dan mengembangkan perniagaan secara teratur serta berstrategi sebelum mengikuti sesi latihan seterusnya.
Aktiviti
Melalui tontonan video yang merangkumi topik seperti perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, rakaman webinar 101, pemasaran 4P, dan pengenalan kepada operasi perniagaan, peserta memperoleh pemahaman menyeluruh tentang elemen utama yang perlu dikuasai oleh seorang usahawan. Setiap bahan video disusun secara terancang bagi membimbing peserta membina asas kukuh dalam pengurusan dan pelaksanaan perniagaan sebenar.