mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Entrepreneurship : NADIPreneur – Podcast Teknologi Dalam Dunia Usahawan: Peluang Dan Cabaran (Cohort 5)

Tarikh   : 30 Oktober 2025

Masa    : 3.00 – 4.00 petang

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan dan kepentingan teknologi dalam memperkasa dunia keusahawanan masa kini. Program ini juga bertujuan membantu peserta memahami bagaimana penggunaan teknologi dapat membuka peluang baharu dalam pemasaran, operasi, serta pengurusan perniagaan yang lebih efisien dan berdaya saing.

Aktiviti

Sepanjang sesi podcast ini, peserta berpeluang mendengar perkongsian daripada penceramah dan usahawan berpengalaman yang membincangkan pelbagai aspek penting seperti penggunaan platform digital, automasi perniagaan, serta cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pesat. Perbincangan ini turut memberi inspirasi dan panduan praktikal kepada peserta untuk menerapkan inovasi digital dalam perniagaan masing-masing.

Gambar di sini