Tarikh : 28, 29 & 31 Oktober 2025
Masa : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memupuk minat dalam bidang masakan dan memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat serta kreativiti mereka melalui aktiviti memasak.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta diterangkan tentang cara mengisi borang permohonan penyertaan pertandingan Cooking-Star, tatacara penghantaran video penyertaan, serta demonstrasi pembuatan Popia Big Mac yang mudah dan menarik. Melalui perkongsian ini, peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran baharu dalam penyediaan makanan, malah turut memahami proses penyertaan dalam pertandingan secara dalam talian dengan lebih tersusun.