Tarikh : 28 dan 30 Oktober 2025
Masa : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan teknologi lepas tuai dalam mengekalkan kualiti hasil pertanian serta meningkatkan nilai pasaran produk. Program ini turut bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta tentang proses tuaian yang betul, jenis-jenis kecatatan lepas tuai, serta langkah pencegahan dan pengurusan yang efektif bagi mengurangkan kerugian hasil.
Aktiviti
Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah didedahkan kepada pelbagai topik penting seperti perubahan kualiti hasil pertanian selepas tuaian dan jenis pembungkusan yang sesuai digunakan untuk mengekalkan kesegaran serta ketahanan produk. Pendekatan pembelajaran yang interaktif membantu peserta memahami dengan lebih jelas kaedah pengendalian hasil pertanian menggunakan teknologi moden dan amalan terbaik industri.