mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Awareness : Kempen Internet Selamat (KIS) PPD Baling.

Tarikh   : 18 November 2025

Masa    : 2.00 – 4.00 Petang

Tempat : Dewan Iltizam, PPD Baling

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman murid mengenai penggunaan internet secara bertanggungjawab, memberi kesedaran awal tentang bahaya dalam talian, serta membantu mereka membuat pilihan yang lebih selamat dalam dunia digital.

Aktiviti

Program dimulakan dengan pengenalan NADI dan tepuk selamat oleh petugas NADI, diikuti dengan sesi taklimat dari Timbalan Pengarah MCMC Puan Sharilza Saary. Antara pengisian yang dikongsikan termasuk asas keselamatan internet, had umur penggunaan media sosial yang ditetapkan kepada 13 tahun, risiko serta ancaman yang wujud di media sosial, dan cadangan aktiviti alternatif yang lebih sesuai bagi murid sekolah rendah. Diharapkan pendedahan ini dapat membentuk generasi celik digital yang bijak, beretika dan sentiasa peka terhadap keselamatan siber. Majlis penutupan program ini turut diserikan dengan penyampaian saguhati kepada guru dan pelajar terpilih yang dilantik sebagai Ikon K-DAT.

Gambar di sini