mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X E-Sukan : Pertandingan Mobile Legends Peringkat Negeri (Group Stage) | NADI Merbau Pulas

Tarikh   : 01 November 2025

Masa    : 10.00 – 5.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Dianjurkan dengan objektif untuk mencari pasukan terbaik yang akan mewakili NADI di peringkat negeri Kedah bagi Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Musim Ketiga. Penganjuran ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti e-sukan secara sihat, berpasukan dan berdaya saing.

Aktiviti

Sepanjang pusingan kumpulan ini, pasukan yang bertanding telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta strategi permainan yang mantap dalam merebut tempat ke peringkat seterusnya. Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran dan kerjasama pasukan, tetapi turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam arena e-sukan tempatan.

Gambar di sini