mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Entreprenuership : Kidventure – Webinar Pelan Peancangan Kewangan (Cohort 7)

Tarikh   : 25 Oktober 2025

Masa    : 10.00 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Dianjurkan dengan tujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan strategi kewangan yang tersusun dalam memulakan dan mengurus perniagaan. Objektif utama program ini adalah untuk membantu peserta memahami asas perancangan kewangan yang kukuh supaya mereka dapat merangka hala tuju perniagaan dengan lebih yakin dan teratur.

Aktiviti

Sepanjang webinar berlangsung, peserta telah diberikan penerangan mendalam tentang cara mengurus aliran tunai, mengawal untung rugi serta membina strategi kewangan yang mantap untuk kelangsungan perniagaan. Pengisian ini bukan sahaja menambah ilmu, malah membekalkan kemahiran praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam usaha memulakan atau mengembangkan perniagaan masing-masing. Kelebihan yang diperoleh termasuk kefahaman lebih jelas tentang pengurusan kewangan, kemampuan merancang bajet secara sistematik dan keupayaan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

Terima kasih kepada semua peserta Cohort 7 yang telah meluangkan masa dan memberikan komitmen penuh sepanjang sesi ini.

Gambar di sini