Tarikh : 04 November 2025
Masa : 2.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Obejktifnya untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam pengurusan kewangan perniagaan secara teratur dan berkesan. Program ini turut bertujuan membantu para usahawan memahami keperluan pematuhan cukai, kepentingan rekod kewangan yang tepat serta pengurusan aliran tunai yang sihat bagi memastikan kelestarian perniagaan.
Aktiviti
Sesi kali ini menampilkan tiga topik utama iaitu Cukai Tak Menakutkan Pun!, e-Invois: Peniaga Kecil Perlu ke Eh?, dan Duit Masuk, Duit Keluar: Eh Mana Perginya?. Melalui perkongsian ini, peserta diberi pencerahan tentang tanggungjawab cukai usahawan, pelaksanaan e-invois yang bakal dikuatkuasakan, serta cara mengurus kewangan dengan lebih cekap untuk mengelak kebocoran perbelanjaan.