Tarikh : 06 November 2025
Masa : 2.00 – 3.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran penting dalam menilai keberkesanan kempen digital agar setiap usaha pemasaran lebih tersusun dan berimpak tinggi.
Aktiviti
Antara topik yang dipelajari termasuk kaedah memantau prestasi kempen digital, penggunaan alat automasi bagi menjimatkan masa dan tenaga, serta strategi bijak untuk memaksimumkan hasil dengan bajet yang minimum. Para peserta kini lebih yakin untuk merancang, melaksana, dan menyesuaikan strategi digital mereka secara lebih efisien. Syabas dan tahniah kepada semua peserta. Semoga ilmu ini terus dimanfaatkan dalam perjalanan keusahawanan masing-masing.